Monday 30 November 2015

Bisnes Online: Bagaimana Hendak Mula?

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak share sikit tips untuk sesiapa yang mula nak berjinak dengan bisnes online.
Ini berdasarkan pengalaman saya selama 3 tahun yang tak ada asas langsung dalam bisnes. Kalau ada yang pro bisnes harap maaf ya.

1) Produk
Mula-mula kena tahu nak jual apa. Contoh yang famous sekarang ni tudung ke, barang kecantikan ke, baju ke. Macam saya, jual tupperware sebab modal ciput. Saya terdetik nak jual tupperware ni sebab banyak permintaan dari makcik2 dan akak2.

2)Modal
Nak start bisnes kena ada modal. Masa mula-mula nak mula dulu buka booth. Tapi lepas jualan kat booth selalu makan modal, saya jual online. Alhamdulillah kumpul modal balik.

3)Beli barang / cari supplier
Kalau korang nak untung lebih. Carilah supplier. Tu je.. dulu masa jual sabun terpaksa jual RM30 setong. Bila dah kenal supplier boleh jual harga sama tapi kos separuh harga lagi jimat.

4) Packaging / pembungkus
Bagi yang banyak modal tu boleh lah beli plastik comel-comel sikit. Tempah siap letak nama shop ke. Tak pun cop kan aje...
5)Akaun bank
Korang mestilah kena ada akaun bank tau. Atleast satu akaun untuk orang bank in kan kat korang. Klau tak macam mana nak ambil payment. Contohnya akaun cimb or maybank.

6)Medium jualan
Korang kena ada satu medium untuk letak jualan. Contohnya instagram, facebook, blog, wechat pun boleh.
Gunakan je semua yang ada. Lagi banyak lagi bagus. Kalau modal besar boleh guna servis iklan facebook. Tapi kalau boleh awal-awal bisnes janganlah privatekan fb, or insta korang. Bagi saya lah, itu boleh menurunkan mood orang yang nak membeli.

7)Cara pengeposan barang
Lepas dah promote barang dan ada customer, kena lah postkan barang. Jangan jadi scammer okay. Scammer tu orang yang promote barang tapi sebenarnya barang tu tak ada pun. Dia dah dapat duit, dia senyap. Terus block. Tak baik tau. Ok berbalik pada topik, saya gunakan servis pos laju. Setakat ni alhamdulillah ok je. 

8)Dropship
Lagi satu cara senang nak buat bisnes online tanpa perlu modal,cari barang, bungkus barang dan pos barang, korang boleh lah jadi dropshipper. Cuma kena ada medium untuk promote dan akaun bank je untuk terima payment. Sekarang pun saya masih jadi dropshipper juga. Tapi untuk certain product je. Untung tak banyak. TAPI at least masuk juga lah duit poket. Menjadi dropshipper ni korang just perlu promote barang, then bila ada customer dan dapat payment, korang pula kena buat payment pada supplier untuk dia postkan barang customer tu. Tapi hati-hati ye ada juga supplier yang menipu. Duit dah dapat tapi barang customer tak pos pun.

Harap dapat lah membantu sedikit untuk sesiapa yang berminat nak mula bisnes online ni ye. Good luck!!
Ikhlas,
Yoshi

Thursday 26 November 2015

Pakej Keahlian Tupperware Disember 2015

Hanya RM250.50

Mengandungi:
1) Starter kit
- Yes U Can Bag
- TupperwarePurple Slice-n-Stor 3L
- Buku panduan
- Product Guide
- Free gift

2) Set Tupperware One Touch Lovely Set


Monday 23 November 2015

6 Step Kewangan Sihat

Jika kewangan anda nazak. Ada 6 langkah untuk sampai pada kewangan yang sihat.

1) Tahu bagaimana untuk survive
Mindset jangan mengharapkan kerajaan akan bantu.

2) Bebaskan dari belenggu hutang jahat
Selesaikan semua hutang benda yang susut nilai cthnya kereta.

3) Tingkatkan ilmu kewangan.
Dapatkan jawapan untuk 3 soalan dibawah.
Apakah jenis pelaburan yang boleh buat lebih banyak duit?
Kelas kewangan manakah yang sesuai untuk kita laburkan duit?
Patutkan kita mulakan pelaburan X sekarang?

4) Melaburlah
Melabur berdasarkan ilmu yang dapat di no 3.

5) Rangka Pelan Pelaburan
Beli aset, saham, kebun getah yang boleh pasif income.

6) Bebas Kewangan
Apabila pasif income dah boleh cover kos hidup, tak kerja pun takper dah.

Sunday 22 November 2015

Alhamdulillah, Selesai

Saya nak beritahu.
Saya dah kawin.
Semalam ada majlis di rumah perempuan. Merlimau, Melaka.
Letih juga jadi pengantin.
Mujurlah semua berjalan lancar.
10pagi akad nikah. 2 petang selesai. Menu sihat-sihat belaka.
Belanja tak mahal. Simple-simple je.
Syukur...
Segala puji bagi Tuan semesta alam, Tuhan yang Maha Esa.

Wednesday 18 November 2015

Tiada Jalan Mudah Untuk Berjaya

Tak pelik langsung kalau kita jumpa kawan kita yang
kalau kita ajak buat bisnes sama-sama tapi tak mahu.
Alasan macam-macam.
Tak suka itu,
Tak reti ini,
Malas itu,
Malas ini...
Suka saya kongsikan 12 tips untuk berjaya.
Ada di Link Ni... >> Klik sini <<

Tuesday 17 November 2015

Melabur atau Melebur?

Pernah tak anda fikir.
"Kalau aku ada duit RM250 000, ke mana duit tu nak pergi dulu?"
Confirmlah dalam kepala kita ni fikir nak belanja mana-mana dulu kan?
kalau saya,
Mestilah nak pergi travel.
TAPI
Kalau sebagai seorang usahawan ke mana korang rasa korang nak belanja dulu?

Kat Malaysia ni ada banyak syarikat dan individu yang bagus-bagus. Korang boleh tengok inovasi dan hasil mereka di sini.
Kalau saya, mestilah saya laburkan kepada syarikat hartanah dan telekomunikasi. Sebab tulah keperluan zaman sekarang.