Thursday 7 May 2015

Kelebihan Jadi Ahli Tupperware


Ada yang berpendapat pasal jadi ahli tupperware ni;
1) Beli online pun ada yang jual harga ahli.
2) Beli pun bila ada yang berkenan saja.
3) Tak minat nak bisnes. Lagipun tak suka cari orang dan tak ada ramai kawan.
4) Tak ada modal.
5) Banyak persaingan.

OK. Alasan tu semua cukup common dikalangan dealer. Dan saya pun dah kalis dah dengan alasan-alasan ni. Kenapa? Sebab bila orang-orang ni dapat duit dan dapat macam-macam hadiah, lebih-lebih lagi DIHARGAI....
BOOOOM!
Terus semua alasan tu terbakar!
Kenapa saya cakap macam tu?
OK; Ini KELEBIHAN bila join atau daftar jadi ahli Tupperware.
 
1) Orang tak tahu yang bila mereka beli dengan dealer lain, mereka tak dapat poin sales yang boleh dikumpul untuk dapat macam-macam jenis peluang. Ada yang boleh dapat gift, ada yang dapat dihargai sampai naik pentas, ada yang dapat melancong ke luar negara dan ada juga yang dapat kereta!
- "Alah, akak pun selalu dapat gift bila beli dengan Cik tu...". Ini pun ayat biasa. Tapi bila anda jadi ahli, anda boleh datang stokis sendiri untuk pilih atau dapat lebih banyak dari apa yang sepatutnya anda dapat.

2) Ada sesetengah orang beli yang berkenan saja. Selalunya yang jenis beli sikit. Tak kurang juga, jenis pembeli macam ni ada yang jenis demand gift.
Tak dinafikan ada dealer yang 'bermurah hati' bagi gift kepada customer macam ni. Tapi endingnya selalunya dealer ni bagi gift yang dah berkurun dalam kotak. Dan dealer tersebut fed-up nak berurusan dengan customer ni. Worst case; terus malas nak jual tupperware.
Kes macam ni biasa saya jumpa bila ada customer yang cakap "Dulu akak selalu beli dengan Cik  tu, tapi sekarang dia dah tak jual dah...". Hal ini saya tiada bantahan. Tapi anda perlu tahu, stok Tupperware ni cepat habis dan laris. Jika anda nak beli yang berkenan, daftarlah. Supaya anda up-to-date dengan promosi terkini!
Jangan bila dah habis waktu kempen baru sibuk nak mencari. Sebab bila habis waktu kempen biasanya memang susah nak cari harga murah. Lagi-lagi rare items.

3) Sebenarnya, bukan ramai tak minat bisnes. Tapi malas nak bisnes. Kenapa? Sebab semu orang suka duit. Siapa tak suka kan? Bila dah malas, secara automatiknya, malas nak cari orang dan tak akan ada ramai kawan. Biasanya orang yang macam ni dia suka bazirkan hidup dia.
Kenapa? Sebab facebook dia penuh dengan status updates yang ala-ala melayan jiwa. Mengeluh, merintih, berpuitis,bermadah, tapi apa pun tak ada!

Cuba kalau update status di facebook atau twitter, instagram dan seumpanya tu boleh mendatangkan hasil. Guna media sosial untuk bisnes dan berkenalan dengan ramai orang. Boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Manalah tahu ada rakan, atau rakan kepada rakan, atau sedara mara atau rakan kepada saudara mara tu yang berkenankan?? Bila dah dapat duit komisen jualan yang pertama mulalah tersenyum dan nampak peluangnya. Tu belum kira bonus belian downline lagi... Hehehe!
 
Tak pandai tak apa! Saya akan ajarkan anda bagaimana nak dapat RM200 dalam tempoh 48 jam!

4) Pasal modal ni memang saya tak nafi. Ramai kekurangan modal. Kerana itu, Tupperware Malaysia memberi banyak pilihan modal. Anda boleh mulakan bisnes ini dengan modal serendah RM74.20 sahaja. Atau kalau anda rasa anda terlalu miskin untuk keluarkan modal, apa kata anda cuba jadi ejen dropship Tupperware di jomtapauweh.com? Sesen pun tak perlu keluar

5) Persaingan wujud di mana-mana. Kenapa anda nampak sekarang ramai dealer baru muncul?
Jawapannya, sebab mereka nampak peluang. Sebab permintaan secara online tinggi
Hari ini orang sibuk bekerja. Yang benar-benar bijak sahaja akan survive. Siapa yang rajin ke stokis pasti dapat banyak untung! Kenapa? Sebab ada yang dah jadi ahli malas ke stokis. Jadi mereka beli dengan siapa? Tak lain tak bukan, dengan dealer yang rajin ke stokis lah.

Bila anda jadi dealer, distributor atau ahli. Anda dapat manfaat sebagai seorang collector yang minat Tupperware dan sebagai peniaga atau usahawan Tupperware.

Sempena Mei ini saya tawarkan 3 pakej istimewa untuk anda mulakan bisnes Tupperware.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih! ^_^