Thursday 17 October 2013

4 Cara Mudah Tarik Pelanggan ke Facebook anda



Jangan fokus pada gambar saya yang tak siuman tu. Kejap lagi saya akan explain kenapa anda MESTI baca blog yang ditulis oleh lelaki berwajah ala2 Korean ni….
Sabar jelah...kekeke
Bagi saya 5 minit jer.... Adil kan? ….Orait..

Kalau anda sedang cari bisnes, especially yang bercadang nak bukak bisnes online….anda sedang baca blog yang amat tepat.
Saya percaya, kalau anda baca blog ni dengan teliti, anda akan dapat beberapa tips yang membolehkan anda kembangkan bisnes sampai boleh berhenti kerja, atau double income bisnes sedia ada.
Saya baru saja 3~4 bulan meniaga guna blog dan buat bisnes guna Facebook.
Banyak juga jatuh naiknya….jadi saya nak kongsi apa yang saya belajar… terutama cara-cara nak kasi Tupperware anda laris di Facebook (kejap lagi saya ajar…so, teruskan membaca…)

“Bro, gambar di atas tu tak  profesional langsung! Boleh percaya ke ni?”

Saya ditegur kawan saya pasal gambar tu jugak.
“Kenapa tak letak gambar yang smart, pakai kot dan tie? Baru la orang percaya?”
Jawapan saya?
Gambar tu melambangkan kebebasan.

Bisnes online ini membolehkan saya menjelajah ratusan bandar di serata dunia
bersama keluarga tanpa perlu fikir pasal duit tak cukup, 
masa tak ada, cuti tahunan dah habis guna, boss tak sporting, dan lain-lain!

Jika ini kebebasan yang ANDA IMPIKAN …. teruskan membaca. Kerana impian anda semakin hampir setiap kali anda membaca setiap huruf dalam blog saya ni…. inshaa Allah!

Ok, Dah. Jangan Buang Masa Lagi. Jom Kita Start….

Kalau anda pernah cuba jual barang kat FB, dan sambutannya hambar, suram dan menyedihkan…. relaks! Normal lah tu…. Perkara ni biasa... Problem tu boleh settle kalau tau rahsia psikologi pembeli dalam facebook nih.
Bila dah jumpa satu formula kejayaan,  nak duplicate balik kejayaan tu tu dah jadi senang...

Sekarang, dalam blog ni, saya akan bagi terus formula tersebut pada anda,  100% percuma tanpa bayaran. Ikhlas! So, teruskan membaca! :)

Kepercayaan Karut Internet

Kalau anda penah cuba-cuba buat bisnes online… anda pun patut dah tahu. Banyak ‘indah kabar dari rupa kan?’
Sebab bila tengok orang lain buat, nampak macam kencang…
tapi bila diri sendiri cuba… asyik buang duit dan buang kederat dan buang masa je….
Kekadang, ada jugak terasa macam nak sumbat kepala dalam mesin potostet macam braderr kita ni kan?


Hehe… sabar….
Sebenarnya, ada lah tu sebab musababnya sebab apa belum dapat kejayaan yang kita mahu lagi.
Biasanya, sebab kita cuba dengan ilmu yang belum cukup di dada.
Contohnya macam ilmu menjual dalam FB nih.
Orang kata, FB nih tempat ramai orang melepak. Berjuta-juta orang dalam Facebook. Patutnya senanglah nak buat duit dalam FB ni kan?
Ya ke?
Hehe…ya! Memang betul lah, dalam FB memang ramai orang.
Tapi…
  • Orang masuk FB sebab nak melepak, bukan sebab nak membeli
  • Orang masuk FB sebab nak relax…bukan untuk berfikir atau kena buat keputusan
  • Orang masuk FB sebab nak berhibur...bukan nak belajar
Kalau anda masuk ke shopping mall, anda memang sudah berniat untuk shopping.
Tapi di FB, orang bukan masuk ke situ dengan niat nak membeli.
Jadi nak menjual dalam FB nih, takda lah semudah yang kita sangka.
Ada lah cara dan seni dia.
Ada juga sains dan pengiraan matematik di sebalik nya.
Anda mesti faham formula untuk tukar mood orang yang sedang melepak, ke mood untuk nak shopping!


Saya Boleh Tunjuk Cara Bina Bisnes Facebook Yang Sahih, Halal, Serius dan Berkekalan …. 100% Secara Online Supaya Anda Boleh Rasa Sendiri Lifestyle Bebas dan Mewah Yang Anda Idamkan Selama Ini
(tanpa modal besar, tanpa kerja penat, dan boleh buat dari rumah)
 Okay lah… takyah la kita buang masa lagi.
Ini Formula Sulit yang anda perlukan supaya orang TAK SABAR-SABAR nak membeli produk anda….

Rahsia 1: Jangan Syok Sendiri!

Dulu banyak kali saya baring atas katil sambil berfikir…. “produk apa yang boleh dijual di Facebook?”
Lepaih tu…bila terjumpa satu produk…. mula lah syok sendiri. Kononnya boleh laku lah. Main hentam kromo ikut sedap hati sendiri je… Tak buat kajian pasarang langsung!
Ya lah, dalam Facebook kan ada 500 juta orang. Takkan TAKDA SORANG pun tak tersangkut nak beli kan?
Saya pun dengan penuh semangat buat website cantik-cantik, buat promosi besar-besaran, dan banyak lagi benda yang makan masa sampai berbulan-bulan baru siap.
Hasilnya?


Heh.
Sakit hati.
Dipendekkan cerita, sebelum jual Tupperware, cari dulu pasaran dari team mana yang memang terbukti laku, terutamanya dalam Facebook.
Dulu…setiap kali saya tengok orang jual tupperware, saya akan tanya diri sendiri…
“Adakah RAMAI orang fikir pasal benda ni tiap-tiap hari?”
Iyalah…bekas simpan makanan, botol air... Adakah orang terfikir nak beli tiap-tiap hari?
Tak.
Nak jual mana2 produk kena GENIUS
Kalau produk kuruskan badan pun, mujurlah orang nak beli...
Hmm, mungkin. Mungkin setiap kali dia terpandang cermin… atau setiap kali mengah memanjat tangga!
Jadi, sebelum saya decide nak jual tupperware ni sebenarnya,
saya pun mula buat senarai benda-benda yang mungkin orang dok fikir setiap hari. Dan ini antara senarai yang saya ada:
  • Badan gemuk sangat, rasa tak hensem, tak lawa, dah buhhsan setiap kali nak ambik gambar kena tarik nafas untuk control perut
  • Bagi wanita, nak nampak cantik anggun dan bergaya. Nak juga ‘merasai’ perasaan kalau orang terpikat lagi (walaupun bukan berniat nak memikat)
  • Bagi ibu-bapa, mereka tiap-tiap hari pikir pasal anak mereka (pendidikan, kecomelan, kesihatan, dll)
  • Apa nak makan hari ni..
  • Masalah hutang, takda duit, takda saving
  • Kerja penat, bosan dengan kerja, menyampah dengan boss, sakit hati dengan trafik jam
Anda mesti Jual Apa Yang RAMAI orang Fikirkan dan renungkan Tiap-Tiap Hari!

Rahsia 2: Padankan Produk Power Tersebut Dengan Orang Yang BETUL!

Kalau nak tupperware, maka kenalah padankan dengan orang yang suka menda2 warna warni, pindah rumah, nak cantik, dan suka simpan makanan(eh...yeke? hehehe). Mana mungkin orang yang suka tengok kereta akan beli.
Kalau nak jual pelaburan emas, kena lah padankan dengan pelabur saham atau unit trust. Kalau dah jenis tak suka melabur tu…memang tak melabur jugak!
Reason dia simple:
Kalau kita cari orang yang memang dah minat nak beli, kita dah tak payah susah-susah nak pujuk untuk beli. Diorang dah percaya dah pun.
Habis tu, macamana nak cari orang yang suka beli tupperware?

Jadi kita boleh cari diorang dalam Facebook:

Jadi dalam FB, secara kasar ada lebih kurang 122,215 rakyat Malaysia yang mungkin meminati tupperware.
Langkah seterusnya adalah, menghubungi mereka dengan mesej yang tepat dan sesuai dengan keadaan dan situasi.

Rahsia 3: Mesej Yang Berpengaruh dan Memotivasikan Prospek Untuk Bertindak Serta Merta

Jom Kita Rekrut Dia.
Jom Kita BANTU Dia.


Ayat mana satu yang lebih tarik perhatian anda?
Words have power.
Setiap perkataan ada nilai sendiri.
“rekrut” – mungkin bernilai RM10.
“BANTU” – bernilai RM90!
Perkataan yang nilainya kecil, takkan mendapatkan respons prospek.
Cuba tengok iklan yang hambar, membosankan dan tiada respon ni:

Tapi dengan mesej yang berpengaruh….respon prospek boleh jadi GILA macam ni…

KEY Factor penting adalah, mesej berpengaruh tu… mesti sesuai khas untuk target market yang sangat spesifik.
Contohnya:
Kerja sambilan.
Kerja Sambilan Ejen Tupperware.
Peluang Pendapatan untuk Eksekutif IT yang kesempitan masa dan wang.
Jika anda seorang Eksekutif IT, dan anda mengalamai masalah kewangan, dan anda ternampak ketiga-tiga iklan ini … iklan yang mana satu yang anda akan pilih?
Tepuk dada, tanya mesej Team Power.

Rahsia 4: Cara Yang Mudah Untuk Respon Atau Beli

Saya ni pemalas.
Kebanyakan orang pun, pemalas. Sifat manusia. Pemalas.
Jadi kita kena memudahkan semudah mungkin cara prospek kita nak respon pada iklan kita.
Ramai yang buat kesilapan dengan seribu macam arahan yang mengelirukan:
“Mula-mula, bayar ke akaun bank XYZ. Nombor akaun 133434134234342.
Kemudian, sila isi borang ini. Kemudian, sila bagi bukti pembayaran.
Jangan lupa emailkan sekali semua tu.
Dan kalau nak cepat, SMS <nama> <produk> <alamat> ke 012 xxx xxxx”.
FUH!!!
Banyakknya step!
Mengikut statistik, 90% dari prospek yang memang dah BERNIAT nak beli…tapi bila sampai je part nak kena buat banyak kerja tu… diorang give up. 90% tukar fikiran dan putus asa untuk beli…kerana malas nak ambil terlalu banyak langkah pembelian!

Mudahkan cara prospek anda nak respon.

So macamana?
Itulah dia, 4 cara untuk buat orang tak sabar-sabar nak membeli produk anda di Facebook. Boleh buat kan?